~TinggalKan Jejak Anda DisiNI~

~Sedekah Klik Untuk Saya~

~PeNiAGa~

~HaNyA KliK~

Jumaat, 4 Mac 2011

Bagaimana Nuffnang Memilih Iklan Untuk Diletakkan Dalam Blog

Hye Sume BLOGGER...disini saya nk sharekan kepada anda sumer mengenai NuffNANG..


Pada 9hb Februari 2011, satu soalan telah diajukan pada bahagian Nuffnang Advertser Enquiries. Soalan yang diajukan adalah, “Bagaimana Nuffnang memilih iklan yang relevan, untuk dipaparkan dalam blog-blog kita?”

Memaksimakan Ruangan Blog Survey



Thara Sofian, individu yang menguruskan bahagian Blogger Relationship menyatakan pihak pengiklan yang akan memilih blog untuk memaparkan iklan mereka. Namun, kita boleh meningkatkan peluang untuk menjadi blog yang terpilih, menerusi bahagian kemaskini blog survey.

Menurut beliau, terdapat syarikat pengiklanan yang akan memilih blog-blog, yang relevan dengan produk yang ingin dipromosikan.

Kebanyakkan pemilik blog melakukan kesilapan kecil, kerana tidak mengemaskini ruangan blog survey yang terdapat di ruangan admin. Ini merupakan salah satu daripada punca utama, yang menyebabkan blog kita tidak mampu meningkatkan jumlah pendapatan menerusi Nuffnang.

Borang Survey Membantu Pengiklan Mencari Sasaran Pengguna

Blog-blog yang tidak mengisi ruangan survey, tidak akan dipandang oleh para pengiklan. Ini kerana kerana mereka tidak boleh pastikan blog kita itu mempunyai jenis pembaca, yang sesuai dengan produk mereka.

Sebagai contoh, blog niche wayang akan dipandang oleh syarikat pengiklan seperti GSC (Golden Screen Cinema), kerana mereka boleh menempah ruangan iklan yang berkaitan di blog kita, seperti tiket wayang eksklusif untuk para pembaca dan sebagainya.

Sentiasa Kemaskini Borang Survey

Thara Sofian juga menyatakan kita harus sentiasa kemaskini survey tersebut, agar ia sentiasa menepati citarasa pengiklan. Secara tidak langsung, blog kita akan terpilih dan kita akan dibayar dengan lebih mahal, berbanding blog-blog lain.



---
Penulis: Aqif Azizan

COPYRIGHT by:One_far-ist
 

~Sedekah Klik Untuk Saya~