~TinggalKan Jejak Anda DisiNI~

~Sedekah Klik Untuk Saya~

~PeNiAGa~

~HaNyA KliK~

Khamis, 21 April 2011

Nak Tahu x Kenapa perempuan mudah menangis?



Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.



Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"

Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"

"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."


Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar

jawapannya:



"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.



"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.



"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.



"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.



"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.

Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?



"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.



"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."


DIPETIK DARI BLOG nierah


Rabu, 13 April 2011

Senarai 10 Undian Tertinggi Bintang Paling Popular 2010

10 Undian Tertinggi Bintang Paling Popular 2010

1. Shaheizy Sam
2. Shahir
3. Zizan
4. Aznil Nawawi
5. Faizal Tahir
6. Lisa Surihani
7. Ana Raffali
8. Syamsul Yusof
9. Fara Fauzana
10. Aizat.

Wah....ramai betul peminat Shaheizy Sam ye.....kuasa Undian terletak pada peminat....jika pelakon tuh berlakon dgn baik maka ramai la peminatnya.....x lupa juga Shahir mengalahkan Zizan RAJA LAWAK...x pe ZIZAN next year buat yang terbaik.....

CONGRATULATION KEPADA SHAHEIZY SAM KERANA MENANG....yeazzzaaaaa.....

Selasa, 5 April 2011

SHAHEIZY SAM PALING POPULAR TAHUN 2011



SHAHEIZY SAM PALING POPULAR TAHUN 2011



Adnan sempit,yang telah mengangkat nama beliau dan juga sebuah filem ngangkung yang telah banyak menaikkan nama beliau dalam persada dunia seni tanah air kita.



Tahniah buat shaheisy sam yang kini dikenali adnan sempit....shaheizy sam membawa pulang hadiah utama sebuah kereta dan seutus rantai yang berjumlah lebih RM300 ribu,pada malam Bintang Paling popular itu juga diserikan dengan lawak jenaka zizan,johan,dan ramai lagi...cukup meriah saya katakan...



Tahniah lagi sekali buat shaheizy sam,lepas ni ramai la yang memanggil beliau untuk filem yang akan datang,malam bintang popular juga,dikatakan dato siti norhaliza memberi peluang kepada muka mukda baru dengan tidak masuk contest undian yang diajurkan berita harian....satu keputusan yang saya rasa sangat baik....

Sabtu, 26 Mac 2011

LOGHAT BAHASA KELATE

Hai semua....kali ini saya nak sharekan mengenai bahasa orang kelantan....
Ok disini ada sedikit sebanyak bahasa kelantan....
nak taw...cuba-cuba la korang study nye erk...hehehe...

1. Agah = sombong
2. Aloh la = mengeluh
3. Bekok = bergurau
4. Bekwoh = kenduri,biasanya kenduri kawin
5. Bera = lari bertempiaran
6. Beso = biasa
7. Blana = banyak-kuantiti yg banyak
8. Blana-kokna = terlalu banyak
9. Blarok = berarak semasa majlis kawin
10. Bleber = berleter
11. Blengah = rasa tidak selesa-melekit
12. Blikat = bahagian belakang badan
13. Bojen = fesyen atau style rambut
14. Borak = semakin parah-sakit
15. Brehi = menyukai atau minat
16. Brembah = bergaduh- utk haiwan
17. Brona = membuat perangai-menangis
18. Brunga = berlari
19. Cakduh = mereka yg kurang kemas
20. Cakpuh-cakpuh = perbuatan melompat2
21. Cedung = bersawah
22. Cekak = larat
23. Cetong = gayung
24. Cok = cangkul
25. Cokek = mencucuk jari ke pinggan org lain
26. Cokoh = duduk
27. Colek = pencicah
28. Come-lote = terlalu cantik
29. Culah = liar,tidak jinak(haiwan)
30. Derak = keluar bersiar-siar
31. Dumoh = rumah
32. Ejas = memikat
33. Gege = bising

34. Glecoh = tergelincir
35. Glegaa = lantai
36. Gorek = pengasah pensel
37. Grentok = jambatan
38. Gubak = kedudukan yg terakhir
39. Hambak = mengejar
40. Hudoh-banga = sangat hodoh
41. Igak = tangkap
42. Itee-lege = terlalu hitam
43. Jelo = terlebih
44. Jenero = tertido
45. Jerik = menangis
46. Jet = perbuatan menendang
47. Jolo = betul
48. Jula = dahan pokok
49. Kalar = pensel warna
50. Kale = pensel
51. Kekoh = gigit
52. Kelik = balik
53. Kemah-kemim = ikatan yg terlalu ketat
54. Kerah-kejun = kaku
55. Khenak = membuat jahat
56. Kicik = membuang air besar tidak sengaja(sedikit)
57. Kore = sejenis alat utk memarut kelapa
58. Kube-lembe = berselerak
59. Kuca-bara = berselerak
60. Kura = menconteng
61. Lak’eh = tidak bermaya
62. Lorak = melakukan kerja kelam kabut(nak cepat)
63. Manis-letin = amat manis
64. Masem-purik = amat manis
65. Masin-perak = amat masin
66. Meroh-mere = merah padam
67. Meroh-nyalo = merah yg sgt terang
68. Meta = sekejap
69. Mokte = rambutan
70. Mongek = pembonceng motosikal
71. Mulo = masa lampau
72. Nacar = terlajak
73. Ngelik = mengelak dari sesuatu
74. Ngenkok = menyenkeh
75. Ngolek = gelecek bola
76. Nyetok = kejang


77. Pahit-lepe = terlalu pahit
78. Panah-cen-cen = amat panas(cuaca)
79. Parok = parah
80. Pekong = membaling sesuatu
81. Perik = serik
82. Pitih = duit
83. Prange = tempat letak ikan utk dibakar
84. Puteh-lepuk = amat putih
85. Ralik = berkhayal atau mengelamun
86. Rekngan-napun =ringan sangat
87. Repih = mematahkan
88. Royak = beritahu
89. Samah = 50 sen
*.Tiga amah =RM 1.50
*.Tuyuk =dragon fly
90. Sengonti = betul-betul(tidak tipu)
91. Sokmo = selalu
92. Suloh/suwok = dahi yg luas
93. Sumbak = tertekan
94. Tawa-leba = tawar
95. Tebolah = cuai
96. Tiok = menangis
97. Tok rok = tidak larat
98. Trembe = benda yg tergantung tp tidak kemas spt baju
99. Tubik = keluar
100. Turik = sakit telinga akibat bunyi bising

Isnin, 21 Mac 2011

Kereta Proton Terbaru

Hari Ini saya ingin berkongsikan tentang satu produk yang bagi saya sangat menarik lihat di salah satu BLOG...iaitu mengenai KERETA PROTON yang diberi nama TUAH, JEBAT,LEKIR, LEKIU DAN KASTURI....Apabila dilihat nama-nama tersebut....kita pun tahu sejarah mengenai para-para pendekar kita iaitu HANG TUAH, HANG JEBAT, HANG LEKIR , HANG LEKIU DAN HANG KASTURI...

Jom kita lihat design kereta......

TUAH

LEKIU

LEKIR

KASTURI
JEBAT

Menarik bukan.???

ok setakat ini sahaja dapat saya cerita pada kali ini......

so selamat terhibur ya.....

 

~Sedekah Klik Untuk Saya~