~TinggalKan Jejak Anda DisiNI~

Sabtu, 21 Mei 2011

Tip menjaga handphone skrin sentuh

Hai semua, hari ini fais nak bagi tips menjaga handphone skrin sentuh(touch screen).Nape fais share tips nie...

Sebab fais pon pkai handphone TOUCH SCREEN jenis nie..:-


Susah untuk menjaga handphone touch screen nie..lagi2 iainya terlalu sensitive.Jom baca tips yang fais share nie...

Lapisi skrin sentuh dengan screen protector supaya tidak mudah tercalar. Jika sudah memasang, sentiasa periksa screen protector anda supaya tidak terdapat sebarang calar atau kerosakan.

Jika mahu menggunakan stylus, gunakan stylus yang dibekalkan atau standard. Jangan menggunakan stylus yang sebarangan. Anda juga perlu mengelakkan menekan skrin sentuh terlalu kuat kerana skrin sentuh sangat sensitive dan peka terhadap sentuhan. Boleh menggunakan kuku tetapi dengan syarat kuku tidak terlalu tajam dan runcing.

Gunakan pelindung sarung handphone supaya tidak terjadi tekanan yang terlalu keras jika dimasukkan ke dalam beg tangan atau poket baju. Elakkan meletakkan handphone tanpa sarung ke dalam poket seluar kerana boleh menyebabkan kerosakan jika terjadi sentuhan kuat.

Hindari handphone dari medan magnet kerana medan magnet dapat mempengaruhi bahkan merosakkan skrin.


THANKS










3 ulasan:

welcome™

 

~Sedekah Klik Untuk Saya~