~TinggalKan Jejak Anda DisiNI~

Rabu, 1 Jun 2011

Jam dinding Makkah tertinggi di dunia

Tengah godek2, terjumpa gambar nie....Jom tengok JAM DINDING MAKKAH tertinggi di dunia...





Bermula 10 Ogos 2010 menjelang Ramadhan umat islam diseluruh dunia boleh menetapkan semula jam mereka berdasarkan waktu baru apabila jam terbesar di dunia mula berdetik di kota suci Makkah. .Jam terbesar tersebut terletak diatas bangunan Royal Mecca Clock Tower Hotel iaitu Bangunan kedua tertinggi didunia . Jam tersebut adalah enam kali lebih besar daripada jam Big Ben London.

Jam buatan Jerman mempunyai muka selebar 45 meter dan setinggi 43 meter di keempat-empat sisi menara. Jam tersebut dijangka boleh kelihatan sejauh 17 kilometer pada waktu malam dan 11 hingga 12 kilometer pada waktu siang.

Royal Mecca Clock Tower Hotel itu mengandungi 3000 buah bilik dan suite , kebanyakannya mengadap Masjidil haram . Ketinggian menara itu hanya kurang 11 meter daripada ketinggian menara tertinggi di dunia , Burj Khalifa yang mencecah 828 meter.

Menara Jam tu dibina daipada struktur konkrit setinggi 662 meter dan menara punck menara logam setinggi 155 meter yang dilitupi symbol bulan sabit malah struktur konkrit Menara Jam itu lebih tinggi daripada bangunan kedua tertinggi di dunia pada masa ini iaitu Taipei 101 di Taiwan, yang setinggi 508 meter.

Ada sesetengah orang mengatakan tidak ada lagi jam ini...Ape poun Encik GOOGLE bleh tolong..hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

welcome™

 

~Sedekah Klik Untuk Saya~