~TinggalKan Jejak Anda DisiNI~

Ahad, 4 Disember 2011

Virus HIV tersebar di Pepsi, Coca Cola dan Tropicana Juice? Habislah!

Korang pernah dapat status atau inbox dari seseorang tentang berita kononnya Pepsi, Coca cola dan Tropicana dijangkiti virus HIV seperti di bawah?

Untuk beberapa hari yg akn dtg . Jangan ambil/minum/beli minuman dari mana2 produk syarikat Pepsi sprti PEPSI , TROPICANA JUICE , SLICE , 7UP , COCA COLA dan lain2 kerana ada pkerja dari syarikat itu telah menambah darahnya yg tercemar dgn HIV . Berita ini keluar di Berita TV 7 . Tolong 4ward kpd rkan2 yang lain !!

[Terbakor Artikel] Virus HIV tersebar di Pepsi, Coca Cola dan Tropicana Juice? Habislah!

Jangan terpengaruh, baca artikel di bawah untuk penerangan yang lebih jelas:-

Every SMS you receive about Pepsi or any other rumors, please take some time and do research. Below is one of the rumors

Benarkah Seorang Pekerja Pepsi Telah Menambah Darahnya yang Tercemar Dengan HIVke Dalam Minuman Pepsi?

Facebook, SMS: Disember 2011.

SMS yang mengatakan kononnya terdapat seorang pekerja PEPSI telah manambahkan darahnya yang tercemar dengan HIV ke dalam minuman PEPSI sedang tersebar dengan meluas di dalam Internet. Versi English mesej ini telah lama tersebar di India sejak beberapa bulan Julai …lalu.

Perkara yang melucukan tetapi harus diterangkan kerana pengguna internet dan telefon yang terdedah kepada mesej ini adalah terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan masyarakat. Mereka mempunyai kefahaman yang berbeza-beza mengenai sesuatu isu. Ada yang berfikiran pendek dan mudah percaya dan ada yang berfikiran kritikal dan tidak mudah terpedaya dengan sesuatu berita yang tidak berasas.

Oleh kerana kami turut mendapati ada orang yang termasuk dalam “Golongan Profesional” turut sama menyebarkan khabar angin ini, maka kami berpendapat bahawa menulis sesuatu tentang perkara ini adalah berbaloi. Berikut adalah komen kami tentang khabar angin ini.

1. Berita Baik. HIV tidak akan dapat hidup di luar tubuh badan manusia, apatah lagi di dalamtin Pepsi. Jadi, jika benarpun cerita ini, anda tidak perlu takut dijangkiti HIV gara-gara meminum Pepsi.

2. Tiada isu rasmi daripada mana-mana pihak berkuasa sama ada di dalam mahupun di luar negeri mengenai khabar angin ini. Ini menunjukkan bahawa khabar angin ini merupakan khabar angin semata-mata dan tidak berasas.

3. Jika benarpun perkara ini berlaku, sudah tentu Pepsi telah membuat kenyataan rasmi mengenai perkara ini dan menarik balik mana-mana keluarannya yang dikhuatiri tercemar dengan darah pekerja penghidap HIV. Syarikat multinasional sebesar Pepsi mempunyai SOP (Standard Operating Procedure) untuk menangani perkara-perkara seperti ini.

4. Syarikat sebesar Pepsi juga tidak mungkin akan dapat menyembunyikan perkara ini jika ia benar. Selain daripada standard kawalan kualiti dalaman yang ketat, Pepsi juga tidak akan terlepas daripada Audit Kualiti dan Audit Sosial daripada pelbagai pihak luar termasuk pertubuhan-pertubuhan kerajaan, NGO dan pertubuhan-pertubuhan sosial yang lain jika sesuatu perkara seperti ini berlaku.

5. Banyak berita-berita karut dan tidak berasas seperti ini pernah disebarkan dan terbukti tidak benar. Terdapat angenda-angenda perniagaan mahupun publisiti murahan yang mendorong kepada penyebaran khabar angin seperti ini.

Kesimpulan:

Jangan bazirkan kredit telefon mahupun masa anda untuk menyebarkan berita-berita khabar angin yang boleh merendahkan pandangan orang lain terhadap daya pemikiran anda walaupun anda berbuat demikian kerana anda menyayangi orang tersebut.

Jadi kesimpulannya, jangan cepat percaya pada khabar angin yang sebegini.

2 ulasan:

  1. setahu den hiv x berjankit melalui cara mcm tu :D

    BalasPadam
  2. Iye betul tu..HIV biasanya berjangkit melalui persetubuhan..

    BalasPadam

welcome™

 

~Sedekah Klik Untuk Saya~