~TinggalKan Jejak Anda DisiNI~

~Sedekah Klik Untuk Saya~

~PeNiAGa~

~HaNyA KliK~

Isnin, 20 Jun 2011

Kapal Terbang Lutsinar!!

Airbus telah memperkenalkan sebuah rekabentuk kapal terbangnya yang terbaru sebagai rekaan konsep.

Rekaan ini adalah dijangka untuk tahun 2050. Para penumpang di dalamnya dapat melihat pemandangan secara menyeluruh melalui dinding lutsinar dengan rekaan bentuk membrane sel.

Pada penerbangan sebelah malamnya pula, penumpang dapat menikmati hamparan bintang-bintang di langit.

Apapun yang pasti, kapal terbang ini sangat tidak sesuai bagi mereka yang fobia dengan ketinggian!








Khamis, 16 Jun 2011

SKMM : Sebanyak 51 Web .gov.my Telah Diserang

Kini, setelah pelbagai pengodaman dan serangan siber dilakukan, SKMM telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mereka, dimana melaluinya, ianya diperkatakan yang serangan bermula sekitar pukul 11.30 malam, dan sebanyak 51 halaman web gov.my telah diserang pada pelbagai tahap.

Walaubagaimanapun, menurut mereka, semua halaman web yang diserang telah dikembalikan seperti sediakala, dan melalui pemerhatian SKMM, serangan mula berkurangan pada 4.00 pagi. Ianya juga diperkatakan yang mana impak serangan halaman web tersebut pada para pengguna tempatan adalah amat minima.

Pada masa yang sama, SKMM meminta para pengguna yang mempunyai sebarang informasi berkaitan untuk melaporkan kepada pihak yang berkenaan.....


Makin lama makin ramai orang HACK laman WEB nie kan....tambahan lagi orang malaysia pun dah pandai main HACK....

Rabu, 1 Jun 2011

Jam dinding Makkah tertinggi di dunia

Tengah godek2, terjumpa gambar nie....Jom tengok JAM DINDING MAKKAH tertinggi di dunia...





Bermula 10 Ogos 2010 menjelang Ramadhan umat islam diseluruh dunia boleh menetapkan semula jam mereka berdasarkan waktu baru apabila jam terbesar di dunia mula berdetik di kota suci Makkah. .Jam terbesar tersebut terletak diatas bangunan Royal Mecca Clock Tower Hotel iaitu Bangunan kedua tertinggi didunia . Jam tersebut adalah enam kali lebih besar daripada jam Big Ben London.

Jam buatan Jerman mempunyai muka selebar 45 meter dan setinggi 43 meter di keempat-empat sisi menara. Jam tersebut dijangka boleh kelihatan sejauh 17 kilometer pada waktu malam dan 11 hingga 12 kilometer pada waktu siang.

Royal Mecca Clock Tower Hotel itu mengandungi 3000 buah bilik dan suite , kebanyakannya mengadap Masjidil haram . Ketinggian menara itu hanya kurang 11 meter daripada ketinggian menara tertinggi di dunia , Burj Khalifa yang mencecah 828 meter.

Menara Jam tu dibina daipada struktur konkrit setinggi 662 meter dan menara punck menara logam setinggi 155 meter yang dilitupi symbol bulan sabit malah struktur konkrit Menara Jam itu lebih tinggi daripada bangunan kedua tertinggi di dunia pada masa ini iaitu Taipei 101 di Taiwan, yang setinggi 508 meter.

Ada sesetengah orang mengatakan tidak ada lagi jam ini...Ape poun Encik GOOGLE bleh tolong..hehehe

Khamis, 26 Mei 2011

Budaya londeh seluar

Hari ini fais nak share tentang Budaya londeh seluar..pelik betul diorang nie kan...jom baca entri nie...

RATUSAN penumpang LRT bawah tanah (subway) New York, dengan santai melondeh seluar atau gaun pada hari minggu awal Januari lalu. Mereka mengambil bahagian dalam acara perlihatkan kaki secara spontan, meskipun pada suhu rendah membeku.



Memperingati tahun ke-10 "No Pants Subway Ride", ditaja oleh Improve Everywhere itu, menampilkan ratusan penumpang LRT di New York. Mereka melondehkan pakain luar dari pinggang ke bawah, walaupun masih memakai jaket, syal, penutup telingga dan pakaian musim dingin lainnya, bagi bahagian atas tubuh mereka.

Bila petang hari, penumpang di enam titik pertemuan New York itu, yang terpisah di seluruh kota pun naik ke LRT ditentukan. Mereka bergabung berperilaku biasa seperti membaca majalah atau melihat sekitar, dalanm keadaan separuh telanjang.


Begitu pintu ditutup di perhentian sebelum mereka turun, peserta diminta berdiri, melepaskan rok dan seluar, kemudian memasukan ke dalam ransel dan tas.


"Jika ada yang bertanya mengapa kamu lucut seluar kamu, beritahu mereka seluar atau rok itu makin tak sedap memakainya." Demikian instruksi yang disampaikan via e-mail kepada peserta.

Bila mereka keluar dari LRT itu, semua peserta berdiri sesaat di sebuah tempat khas di jaringan bawah tanah, demi memberikan efek kejutan maksimum bagi sesama penumpang.
Itu budaya baru yang ingin dipasarkan ke seluruh dunia. Setakat ini sudah banyak negara yang mengikutinya, seperti Jepun dan Taiwan. Ada ke, pengikut tulinya di Malaysia ini? (Sumber Compas. NewYork/IH)




ANDA BAGAIMANA??

SUMBER

Ahad, 22 Mei 2011

USB Typewriter

Jom layan GADJET yang dicipta oleh orang putih.






Seorang pereka dari Los Angeles, Amerika Syarikat, Jack Zylkin telah mengubahsuai komputer yang menggunakan mesin taip klasik. Menurut Zylkin, harga yang bagi mesin taip itu ialah antara AS$699 (RM2,120) dan AS$899 (RM2,727) bergantung kepada jenis model.

"Ia merupakan satu penciptaan perintis dalam bidang keusangan (lama)," katanya.

Penggunaan mesin taip itu diperkenalkan pada Julai 2010 dan ia kini mendapat reaksi yang amat menggalakkan

Jom tengok video ni untuk melihat macam mana mereka guna USB TypeWriter.


 

~Sedekah Klik Untuk Saya~